Foliar & Soil Fertilizer 1 Litter ( Ready To Used)

Baja Organik Foliar & soil spray SEDIA DI GUNAKAN , Packing 1 Litter Bottle

Product Description

Baja Foliar Organik adalah baja organik cecair untuk kesuburan pokok & rawatan media tanaman. Ia juga mengandungi nutrien lengkap untuk tanaman membesar dengan baik.

Sesuai digunakan untuk tanaman hidroponik, akuaponik dan fertigasi. Baja cecair ini boleh diberikan kepada tanaman melalui cara dripkan ke polibag atau buat semburan secara foliar ke daun dan batang tanaman anda. Mengandungi unsur-unsur nutrien yang lengkap dan seimbang iaitu Nitrogen, Fosforus, Potassium, Magnesium, Boron dan Zink untuk pertumbuhan daun dan batang pokok. Selain itu ia juga mengandungi Kalium / Potassium yang penting untuk bunga dan pembesaran buah.

Ia juga diperkaya dengan bahan tambahan Biostimulan, penggalak dan pengaktif (BCA) serta mengandungi hormon-hormon pertumbungan yang penting bagi memastikan pertumbuhan pokok yang optimum dan mikrob bermanfaat.

Fungsi tambahan amino dan humic acid pada Baja Foliar Organik ini adalah merupakan formula terbaik bagi mengelakkan pokok dari berlakunya stress akibat daripada perubahan cuaca dan penggunaan baja dan racun yang tidak seimbang.

Fakta yang paling penting, yang membezakan baja ini dengan bajabaja di pasaran lain adalah baja ini 100 peratus organik dan diperkaya dengan mikrob bermanfaat serta BCA, mesra alam.